Friday, December 3, 2010

NASIHAT Ayah Kepada Puterinya Sebelum BERKAHWIN..

Bismillah
Assalamualaikum

Nasihat ayah buat anak perempuan yang bakal bergelar isteri..

Wahai anakku,
Dua perkara ini anakku..jika engkau pegang dan tanam dalam kehidupanmu dan dirimu,
InsyAllah akan dikau menemui keharmonian dan keamanan dalam pelayaran rumah tangga.

Itulah antara "Sabar" dan "Tolak Ansur".

Andai engkau berjaya memenuhinya kedalam sikapmu, maka kukuhkanlah ianya sehingga keakhir hayatmu,
Sekiranya dirimu belum lagi mencapainya...maka persiapkanlah diri sebaik-baik dan sebenarnya dengan memperhebatkan dahulu dirimu dengan dua perkara tersebut.

Dengan sabar dan tolak ansur, kamu bakal membawa hati dan kehidupan suamimu dalam beroleh kebahagiaan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam rumah tangga. Janganlah dikau menurut emosi dan penilaianmu kecuali dengan mengingati dua perkara tersebut.

Sabar & Tolak ansur daripada hati yang ikhlas dan tiada menyimpan apa jua perasaan daripada pengaruh dan persekitarannya.
Walau kamu dipihak benar...maka tetaplah bersabar dan bertolak ansur.

Percayalah anakku, bila masalah datang menguji suatu ketika nanti antara dirimu dan suamimu..kamu bijak atur ianya dengan perkara tersebut..maka suami itu akan berfikir dan merenung kembali atas kesilapan yang dilakukannya.

SABAR + TOLAK ANSUR = AMAN ---> lahir daripada; KEIKHLASAN & penerimaan hati atas ketentuan (SYUKUR & REDHA)

Wednesday, December 1, 2010

Siapakah AINUL MARDHIAH ???

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
.........................................................
Renungilah Kisah Ini.........

Al Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain..( bermaksud mata yang di redhai).

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan  keluar/pergi.Sebelum Zuhur sudah menjadi sunnah nabi akan tidur sebentar ( khailulah).
Maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.......

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan  muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab " ehh  tidakk... saya khadamnya.. Ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...

"Eh tidakk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini"... Ainul mardiah ada di atas mahligai sana,''....
Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke  satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...

"Aku lah ainul mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... abila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nanti kamu belum syahid  lagiiii"......

Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... Tapi sekiranya dia  shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata : "Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga"....

Wallahu wa'lam  
......................................................
Apa yang anda rasa selepas membaca cerita ini?
Subhanallah..
Saya sendiri sebak sangat dan muhasabah balik layakkah aku..
Siapalah diriku ini..
Sama-samalah kita menjadikan kisah ini sebagai 1 iktibar dan tauladan ya..
Mohon maaf jika terdapat salah dan silap di atas penulisan kisah ini..
Yang baik datangnya dari Allah SWT..
Dan yang buruk juga dariNYA cuma disandarkan pada ana insan yang lemah ini..

Barakallahufikum..

PESANAN BIDADARI SYURGA ...

Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w di Madinah.Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas.Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman2nya.

"Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman "Saya dari Iraq" jawabnya "Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan ?" "Boleh."

Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama2 ingin menuju ke Makkah.Sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Quran dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat,zikir dan munajat kepada Allah.

Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti2.Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.

Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing2 sibuk dengan urusan mereka.Begitu juga dengan pemuda salih itu akan berpisah dengan Aabu Sulaiman.Namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya.

"Wahai anakku, aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih. Apakah yang mendorong engkau berbuat demikian ?" tanya Abu Sulaiman "

Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini. Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan2 syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari2 yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya.

Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda ! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku.Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.

Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh2 tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah.
Kerana barang siapa yang bersungguh2 dia akan dapat.
Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendoakan untuk dirinya.Kemudian dia pun pergi.

Abu Sulaiman mencaci dirinya.Jika orang yang mencari bidadari bertungkus lumus demikian rupa menghabiskan masa dan tenaga untuk memperolehi yang dikehendakinya,bagaimana lagi orang yang ingin mencari Tuhan kepada bidadari tersebut ??????????????????

......................................................
Dapat kita kita bayangkan jika perkara ini berlaku kepada kita?
Adakah kita juga akan mampu melakukan amal soleh sebagaimana yg telah dilakukan oleh lelaki soleh tadi???
Sama-samalah kita renungkan..
Moga kita dapat menjadikan kisah ini sebagai pedoman dan pencetus semangat untuk kita semakin tekun melakukan ibadah kepada Allah SWT..
WALLAHUALAM..